Sejadah Elektronik Al-Muallim

Pembelajaran solat bagi kanak-kanak merupakan kewajipan bagi setiap ibu bapa. Rekaan sejadah ini dapat membantu kanak-kanak belajar solat dengan lebih tepat dan mudah dan mereka juga akan lebih bersemangat untuk menunaikan solat setiap kali tiba waktu solat. Sejadah interaktif ini akan menunjukkan setiap langkah dan tertib yang perlu diikuti oleh kanak-kanak semasa menunaikan solat. Sebarang kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu boleh dikesan oleh sensor sejadah ini. Penggera akan berbunyi apabila ada kesilapan tertib dan kanak-kanak perlu memperbetulkannya dahulu sebelum penggera berhenti dan langkah solat seterusnya boleh dilaksanakan. Selanjutnya....

i-BANTU SOLAT AL-MUALLIM

Memperkenalkan i-Bantu Solat Al-Muallim yang direka khas untuk membantu mengingati bacaan dalam solat bagi penggunaan orang dewasa yang kurang upaya yang solat secara duduk atau baring. Alat ini juga dapat memudahkan pembelajaran solat bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa yang normal. Selanjutnya...

CARA PEMBELIAN